Sunday, August 9, 2015

Bukan senang cari duit

Aku sepatutnya dah tido sekarang ni sebab esok kerja (dak dak praktikal). Kerja masuk pukul 8 pagi tapi still boleh relax chill chill kau tak tido lagi kan Nis. Padan muka lah esok nyesal mula lah persoal kenapa lah aku tak tido awal semalam dan berhuhu lah kau menyesal esok.

Cuma saja nak post yang bukan senang nak curi duit kan kan. Bangun awal pagi pukul 6 pagi pukul 8 pagi masuk kerja balik lewat petang hanya untuk dapat duit untuk sara hidup. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.

Dan bila dah kenal erti susah cari duit tu, sekarang barulah aku tau hargai duit bila nak belanja.

Kalau dulu pakai beli je tak tengok harga. Tapi sekarang, bukan main lama decide fikir nak beli ke taknak beli siap whatsapp call message orang tanya patut ke tak aku beli haha. Nampak tak tu, Anis yang sekarang bukan lagi Anis yang dulu pantang nampak shawl sepuluh hengget terus tergedik gedik nak beli.

Hihih. K bye nak tido.


No comments: